Sunday, 9 October 2011

Loveme: Status A

Adalah diumumkan bahawa aku berstatus Andalusia atau juga dikenali dengan Andartu... Yup aku memang tak suka sangat dengan status tu... ada ke sesapa yang suka memegang status Andalusia ni???? kalau korang suka sila la angkat tangan... haha... Satu lagi yang selalu memeningkan aku dan menyusahkan hidup aku dan membuat aku beremosi atau kata lain jiwa kacau... bila orang tanya aku bila nak kahwin... hellloooooooooooo aku pon tak tau bila aku nak kahwin...

Tak faham aku kenapa orang suka sangat tanya soalan sensitive tu kat orang-orang yang sama sestatus dengan aku... tak tau aku kenapa la diorang ni tak faham-faham yang aku belum lagi jumpa dengan orang yang sesuai lagi... pas tu siap kata aku ni memilih sangat... helllooooooooooo bukan aku memilih... tapi tak der sesaper nak pilih aku... (Pengakuan ikhlas)

dan lagi membuat aku emosi adalah adik aku dalam bulan 12 ni nak bertunang da... aku ok jer... happy la untuk dia... tapi yang buat aku tak happy bila memikirkan kata-kata orang dan soalan2 cepu emas yang aku akan dapat nanti... adoiiii... tapi tipu la kan klu aku kata tak sedih sebab adik aku kahwin dulu dari aku... mesti la aku sedih... sebab da dapat gelaran TAK LAKU... huhu... tapi aku happy gak la bila adik aku kahwin nanti... lapang sikit umah aku... haha ... gelak syaitonnnn... lagi pon tak der la aku nak sakit-sakit ati lagi bila dia dok kat umah ni cam tuan puteri.. tak buat aper pon... bangun tengah hari pas tu bukak laptop... online dari pagi smpai malam... off laptop ... tido... yang kena buat keje nye aku gak... yang kena bebel pon aku gak... nak wat cam ner da nasib....

No comments:

Post a Comment